Bahasa Melayu

Buku panduan tindakan yang harus diambil dalam menghadapi bencana gempa bumi

Barang-barang yang harus dibawa

Wang tunai
Kad pengenalan
Polisi insurans
Air minuman (kira-kira 3 liter seorang/setiap hari)
Bekalan makanan kecemasan
Telefon bimbit dengan pengecas
Kertas tisu
Tuala (kira-kira 5 helai)
Lampu suluh
Radio
Baju hujan dan payung
Pemanas badan seperti “kairo”
Sarung tangan
Mask
Beg sampah (lebih besar lebih baik)
Plastik pembungkus melekat
Gelang getah
Selimut
Kertas surat khabar (untuk melindungi diri dari kesejukan)
Foto keluarga (untuk mencari anggota keluarga yang hilang atau tersesat)
Wisel
Kaca mata
Ubat-ubatan yang biasa anda ambil
Tuala wanita
Pemain muzik bimbit seperti i-pod (untuk menenangkan diri)
Pita pelekat
Bantal
Pembuka tin dan pisau kecil

Tindakan yang harus diambil apabila gempa bumi berlaku

Buka tingkap dan pintu
Bawa barang-barang yang sudah disediakan ke muka pintu
Pakai kasut bertapak tebal
Tutup paip gas utama
Cas bateri telefon bimbit selagi boleh
Sekiranya bekalan elektrik terputus, naikkan semula penyekat litar elektrik
Bersedia menghadapi kejadian gempa bumi selama 24 jam berikutnya
Bawa bertenang
Hadkan penggunaan telefon
Hubungi nombor telefon 171 untuk meninggalkan pesanan
Skype boleh digunakan
Berhati-hati terhadap penipuan orang yang menyamar menjadi anggota polis

Tindakan yang harus diambil semasa mencari perlindungan

Jangan pergi dekat perabot besar seperti almari dan peti sejuk
Berhati-hati dengan kaca dan tembok
Keluar dari bangunan kalau terdapat dinding yang retak atau tiang yang condong
Hindari jalan sempit dan kawasan seperti lurah, tebing sungai dan pantai
Lari ke arah tempat yang tinggi kalau anda berada di kawasan pantai
Pakai topi keselamatan atau topi yang lain (jika tidak ada topi keselamatan)
Jangan pakai pakaian yang mudah terbakar
Pakai mask atau tuala yang basah
Kalau ada kebakaran, lari ke arah menyonsong angin
Kalau anda memandu kereta, berhenti di tepi jalan
Untuk orang yang mempunyai kereta, buka tingkap kereta dan kuatkan bunyi radio

Tindakan yang harus diambil sebelum gempa bumi berlaku

Pastikan ada topi keselamatan
Pastikan ada simpanan makanan kecemasan
Pastikan ada simpanan air
Pastikan ada kit kecemasan
Pastikan ada beg tidur
Pastikan tempat pusat pemindahan dan bergerak menuju ke sana
Tidur dengan memakai sarung kaki
Letakkan kasut bertapak tebal atau sandal dekat anda
Tutup langsir untuk mencegah kaca berhamburan
Semasa menutup pintu, letak tuala di celah pintu.

Maklumat rasmi NTT

・Ketika ada bencana, perkhidmatan telefon awam akan diutamakan.
・Ketika ada bencana, anda boleh menggunakan telefon awam secara percuma di kawasan bencana.
Cara untuk menggunakan telefon awam secara percuma

・Telefon awam analog hijau
Anda boleh menggunakan telefon awam analog hijau dengan menekan butang kecemasan atau bayar 10yen(duit syiling). Duit anda akan dipulangkan selepas perbualan anda.

・ Telefon awam digital
perkhidmatan mel suara waktu bencana
◆Mangsa
1.Dial nombor「171」untuk perkhidmatan mel suara
2.Tekan monbor「1」
3.Dial nombor telefon bimbit atau telefon rumah anda
4.merakamkan pesanan anda.

◆Untuk makmulat tentang mangsa-mangsa.
1.Dial nombor「171」untuk perkhidmatan mel suara
2.Tekan monbor「2」
3.Dial nombor telefon mangsa.
4.Mainkan pesanan yang telah dirakamkan.

“Google person finder”
Maklumat keselamatan di laman web Google
http://japan.person-finder.appspot.com/?lang=ja

Tag SOS twitter
Berkomunikasi melalui GPS
#j_j_helpme

Nombor telefon kecemasan SOS
・Polis:110
・Kereta ambulans dan Jabatan bomba:119
・Sekiranya berlaku kecemasan di laut :118 (Kawalan Pantai Jepun)

Senarai tempat perlindungan di seluruh Jepun
http://animal-navi.com/navi/map/map.html

****************************************

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian

1:Letakkan cermin mata atau kanta sentuh dekat dengan anda.
Penglihatan yang terang dapat mengelakkan kecederaan.
Adalah lebih baik mempunyai kanta sentuh pakai buang.

2:Sediakan tuala wanita sebanyak mungkin.
Mungkin haid anda akan  datang lebih awal kerana tekanan.
Selain itu, tuala wanita juga boleh digunakan untuk menghentikan perdarahan sekiranya kain kasa dan kain pembalut tidak ada.
Dalam situasi seperti ini, pastikan anda memberi tuala wanita yang telah
digunakan itu kepada doktor supaya doktor tahu bagaimana teruknya
kecederaan seseorang itu.

3:Dalam kes kecemasan, anda boleh mengeluarkan wang menggunakan
pasport anda.
Buku akaun tidak diperlukan untuk mengeluarkan wang.

Rujukan URL
http://mainichi.jp/select/biz/news/20110312k0000m020137000c.html

4:Saya tidak dapat menghubungi keluarga saya di Jepun dengan Skype
walaupun saya telah cuba kedua-duanya telefon dan talian darat.
Sekiranya anda hendak menelefon seseorang di Jepun dari luar negeri
adalah lebih baik anda menggunakan talian darat. Membuat panggilan dengan kad bayar dahulu sebelum pakai merupakan satu idea yang baik.

11 Responses to Bahasa Melayu

  1. NASIR says:

    Takziah kepada semua rakyat Jepun, semoga tabah menghadapi dugaan dan bencana yg menimpa. Jadikan gempa dan tsunami ini sebagai ujian dan cubaan PENCIPTA.

  2. Saliza Ismail says:

    Saya ingin mengucapkan salam takziah di atas bencana yang menimpa rakyat Jepun. Semoga anda semua tabah menghadapinya.

  3. S.Adaci says:

    翻訳に携わったボランテイアの皆さん。迅速な対応有難う。在留マレーシアの方々にとって、心強い支えになることでしょう。

  4. rubiah bt daud says:

    tabahlah disana wahai orang jepun 🙂

  5. sebab itulah dikala kita senang kita mesti banyak memberi bantuan kepada yang memerlukan. tindakan kita itu akan memberi manafaat apabila kita ditinpa bencana seperi yang berlaku ini

  6. Syed Mohd Eusoff says:

    Terima kasih banyak. Maklumat ini sangat berguna untuk saya.

    • Syarifah Nur Fathima says:

      Kita tidak tahu bila bencana alam seperti ini akan datang lagi. Masyallah, ya tuhanku. Takutnya!

      • M. Isa says:

        Bencana Tsunami yang berlaku di Jepun benar-benar mengejutkan saya dan seluruh dunia. Kami di Malaysia merasa hiba dan sedih apabila melihat kemusnahan harta benda dan nyawa manusia yang terkorban. Rakyat Malaysia ingin mengucapkan takziah kepada semua rakyat Jepun dan berharap rakyat Jepun bersabar dan kuatkan semangat untuk terus hidup dan membina semula kemusnahan yang berlaku akibat Tsunami tersebut. Rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai aspek bagi meringankan bebanan dan masalah yang dihadapi di Jrpun.

  7. Malaysian TUFS 08 says:

    Ribuan terima kasih kepada sesiapa yang membetulkan versi terjemahan saya!!

    • Faridah Mohamed says:

      Terjemahan ini boleh dibaiki lagi tetapi untuk memberi keyakinan diri kepada pelajar-pelajar asing yang belajar bahasa Melayu, terjemahan ini sudah cukup baik dan memuaskan.

      • Soda Naoki says:

        Atas usaha dan sumbangan semua pelajar TUFS dan sesiapa yang berkenaan, saya mengucapkan ribuan terima kasih. Saya juga berterima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Faridah yang memperbaiki terjemahan sebelumnya.

Leave a comment